Friday 1 April 2011

Menjaga Kesihatan Mata

Petua ni sesuai diamalkan sesiapa sahaja terutama pelajar atau individu yang bekerja dalam bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dan sebagainya. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya layan facebook, main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dan sebagainya.

1. Setiap kali mandi atau berwudhu (bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi s2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab,tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.
3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga, caranya:
a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah,jangan sampai naik angin dah la ye. Dlm proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa he he he,dan mata anda juga berisiko untuk terkena lontaran objek-objek berbahaya.etelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer.
b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.
4. Amalkan makan makanan yang kaya dgn vitamin A & C seperti susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya.
5. Elakkan melihat benda-benda yang tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yang boleh merosakkan mata & minda anda,he he.. faham-faham sendirilah ye.

Tips Berhenti Merokok

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti” setiap kali anda ingin merokok.
2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak

Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

Tuesday 29 March 2011

Melebatkan tumbuh rambut

Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.

Menghilangkan bau ketiak

Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.

Monday 28 March 2011

Mulut Berbau... =(

Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini:
  • Ambil tujuh helai daun sirih. 
  • Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. 
  • Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. 
Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi...

Petua Mengurangkan Rambut Gugur

Petua Mengurangkan Rambut Gugur :

Saya juga menghadapi masalah rambut yang gugur dan berkelemumur. Tapi setelah mencuba petua ini, saya dapati rambut yang gugur telah berkurangan dengan kadar yang segera. Anda sendiri boleh mencubanya kerana ianya mudah sahaja.

Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu. 

p/s : bagi yang sukar untuk mendapatkan bunga raya putih dan daun lidah buaya, saya nasihatkan mulalah menanam pokok-pokok ini di rumah anda, walaupun hanya menggunakan pasu sahaja.